














Edaran utama kempen Infak Burger ini adalah di kawasan kepulauan dan pedalaman Sabah. Untuk memastikan kempen infak burger ini memberikan kesan yang maksimum dan mencapai objektif kepada penerima yang benar-benar memerlukan. Ini adalah lokasi edaran yang bakal dijalankan :
1. Pusat Komuniti Pedalaman:
Pusat-pusat komuniti ini seringkali menjadi tempat berkumpul bagi penduduk setempat dan dapat digunakan sebagai perkumpulan untuk pengagihan makanan.
2. Sekolah-sekolah di Pedalaman:
Kanak-kanak adalah salah satu golongan yang paling terjejas dengan kekurangan makanan. Mengagihkan burger di sekolah menjamin kanak-kanak mendapatkan makanan berkhasiat. Burger yang kami hasilkan dijamin berbeza dengan burger di pasaran kerana kami menggunakan 85% daripada daging segar tempatan yang penuh dengan khasiat protein, bukan trimming daging frozen dari india.
3. Klinik Kesihatan & Pusat Rawatan Tempatan :
Lokasi ini bagi memastikan golongan yang memerlukan terutamanya ibu hamil, kanak-kanak, dan warga emas turut mendapat perhatian yang sama sebagaimana orang lain.
4. Masjid dan Surau Pedalaman:
Memperkukuhkan institusi keagamaan sebagai pusat pengedaran memudahkan penduduk untuk mendapat sumbangan. Lori bergerak yang telah kami ubahsuai akan kami letakkan di masjid dan surau dapat diagihkan secara lansung sebaik sahaja masak.
5. Pusat Perlindungan atau Rumah Kebajikan:
Tempat-tempat ini menampung mereka yang memerlukan perlindungan dan bantuan.
6. Kawasan Pasar Tempatan :
Tempat berkumpul dan berjual beli bagi penduduk setempat, menjadi lokasi strategik untuk pengedaran burger dengan pemilihan sasaran penerima yang tepat.
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Bagi Membantu Kempen Infak Burger GTR
562188360130
Koperasi GTR Malaysia
(Ref : Infak Makan)
562188360130
Koperasi GTR Malaysia
( Ref : Infak Makan)
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Kempen Infak Burger adalah inisiatif amal oleh GTR Burger untuk menyumbang burger kepada mereka yang memerlukan di kebanyakan cawangan kami pada setiap hari Jumaat.
Anda boleh menyumbang secara langsung melalui laman web kami di www.gtrinfak.com atau di mana-mana cawangan GTR Burger terdekat.
Sepuluh jari kami susun untuk minta maaf, untuk sumbangan infak burger ini, kami tidak menyediakan potongan cukai. Sila rujuk kepada penasihat cukai anda mengenai kesesuaian potongan cukai yang sesuai bagi sumbangan anda.
Di cawangan kami yang terpilih bagi menjalankan aktiviti infaq burger ini, akan mengagihkan kira-kira diantara 200 hingga 500 burger pada setiap hari Jumaat, bergantung pada sumber dan sumbangan yang diterima.
Kami bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan kebajikan, masjid surau, dan NGO untuk memastikan burger sampai kepada mereka yang memerlukan. Kami juga mengalu-alukan kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan 500 buah lokasi cawangan kami untuk menyumbang bersama-sama bagi menyokong kempen ini supaya lebih ramai penerima manfaat dapat menikmati nikmat sebagaimana orang biasa rasa.
Ya, kami sentiasa terbuka untuk kerjasama dengan individu atau organisasi yang ingin menganjurkan acara infaq. Anda boleh menghubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.
Selain dari Kempen Infaq Burger, kami juga bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan kebajikan untuk menjalankan pelbagai inisiatif amal lain. Sila rujuk laman web kami gtrburger.my untuk maklumat lanjut
Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam sumbangan